Friday, 12 April 2013

HAMBA KEPADA_NYA

Masih keliru dengan persoalan kehidupan,terasa hati ini kekosongan. Perlu di isi dengan Cinta dunia mahupun cinta Nya.Masih berbaki lebih kurang 3 tahun setengah menuntut di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,mengambil jurusan sains ternakan,Syukur kepada Allah masih memberi nafas sehingga umur mencecah genap 20 tahun,sentiasa memberi rezeki walaupun diri sentiasa melakukan dosa.Anak ke 4 daripada 10 orang adik beradik.Angka 4 sangat sinonim dengan diri yang bernama Mohd khobib khaisamah,Lahir pada 11 April 1993,Kata Ayah,saya seorang yang tak sabar tetapi selalu bernasib baik.Masih menilai apa yang berlaku di sekeliling dan masih mencari jalan pulang.Perjalanan masih kabur..Merindui masakan Umi,terasa  tenang dalam dakapan Bonda ku sayang..Masih berjuang dengan diri sendiri,memilih keinginan atau kepentingan.Tetap sayangkan adik-adik, Syamil,Eca,Irah,Alia,Misya dan adik bongsu lelaki yang comel Kuman.

Maafkan aku kalau tak menjadi abang yang baik.
tetap berusaha menjadi yg terbaik untuk adik-adik..
contohi lah yang baik buangkanlah yang buruk.

Mungkin yang membaca tidak memahami,tetapi yang menulis sentiasa merasai..

No comments:

Post a Comment