Friday, 12 April 2013

Mengikut kata hati yang berdebu dengan dosa,menjadikan pilihan tidak tepat.Tidak dapat mebuat pilihan yang tepat melalui pilihan hati,nasibnya pelajaran terabai terlalu banyak berfikir perkara sia-sia,mungkin bukan mudah untuk melupakan tetapi terpaksa melakukan sedemikian,Prinsip Biokimia,macam mana nak korek cari balik markah yang hilang.Sama dengan Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik 1.Kata Prof Maziah:You must change your altitide.Masih berbisik di telinga,bukan tak dengar tetapi masih memproses dan mengaplikasi dengan situasi yang masih tidak stabil.

Mungkin yang berlaku terhadap diri ini,ada hikmah yang tersembunyi,walaupun hati masih lagi keras untuk menerima tetapi aku mesti memujuk supaya yakin dengan ketentuannya.

Perjalanan masih jauh Khobib,takkan kamu sudah mengalah,jalan dah terbentang luas,memerlukan sedikit pengorbanan.Tetapkanlah dirimu dengan akhlak yang baik,usahlah mengharapkan orang memberi simpati tetapi berdiri atas kaki sendiri itu lebih baik.

Isilah kekosongan hati dengan zikir dan ilmu.Luahkanlah keperitan hati kepada-Nya,Allah itu Maha Mendengar.

Berusah memperbaiki diri,memperbanyakkan amalan dan menolong orang

Usahlah menghukum diri,maafkanlah orang lain dan berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadamu

Bersihkan hati daripada penyakit hati,

jauhkanlah maksiat.

Luaskan dan lapangkanlah dadamu menerima Ilmu milik Allah

Tuliskan sesuatu yang bermanfaat untuk diri dan orang lain

Azamkanlah dalam hati supaya ada perubahan dalam diri.

Berkawan dengan semua,janganlah terlalu menyayangi nanti kamu akan terlalu membenci


HAMBA KEPADA_NYA

Masih keliru dengan persoalan kehidupan,terasa hati ini kekosongan. Perlu di isi dengan Cinta dunia mahupun cinta Nya.Masih berbaki lebih kurang 3 tahun setengah menuntut di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,mengambil jurusan sains ternakan,Syukur kepada Allah masih memberi nafas sehingga umur mencecah genap 20 tahun,sentiasa memberi rezeki walaupun diri sentiasa melakukan dosa.Anak ke 4 daripada 10 orang adik beradik.Angka 4 sangat sinonim dengan diri yang bernama Mohd khobib khaisamah,Lahir pada 11 April 1993,Kata Ayah,saya seorang yang tak sabar tetapi selalu bernasib baik.Masih menilai apa yang berlaku di sekeliling dan masih mencari jalan pulang.Perjalanan masih kabur..Merindui masakan Umi,terasa  tenang dalam dakapan Bonda ku sayang..Masih berjuang dengan diri sendiri,memilih keinginan atau kepentingan.Tetap sayangkan adik-adik, Syamil,Eca,Irah,Alia,Misya dan adik bongsu lelaki yang comel Kuman.

Maafkan aku kalau tak menjadi abang yang baik.
tetap berusaha menjadi yg terbaik untuk adik-adik..
contohi lah yang baik buangkanlah yang buruk.

Mungkin yang membaca tidak memahami,tetapi yang menulis sentiasa merasai..